Tuesday, November 11, 2008

Hang Li Po

Hang Li Po ialah salah seorang permaisuri kepada Sultan Mansur Shah (Sultan Melaka, 1456 - 1477). Walaupun kita menerima hakikat bahawa beliau merupakan puteri kepada Maharaja Yong Le, maharaja Dinasti Ming di China, namun tidak terdapat sebarang rujukan (di dalam sejarah Istana China) bahawa beliau adalah puteri dalam Dinasti tersebut.

Sesetengah catatan sejarah (Ming Chronicles), bahawa 'Su-tan Wang-Su-Sha' (Sultan Mansur Shah) telah mengirimkan rombongan ke China dan Maharaja T'ien-shun (1457-1464) yang menabalkan baginda sebagai sultan pada 1459 (bukan Maharaja Yong Le). Di dalam buku 'Sejarah Melayu', karya Tun Seri Lanang, hanya dicatatkan 'Raja Cina' (tiada nama khusus).

Apabila Sultan Mansur Shah hendak menjalin hubungan diplomatik dengan China, baginda menghantar Tun Perpatih Putih sebagai utusannya, dengan sepucuk surat untuk Maharaja China. Tun Perpatih berjaya menarik hati Maharaja tersebut dengan kemasyhuran dan kegemilangan Kesultanan Melaka sehingga Maharaja menghadiahkan puterinya, Li Po (dikenali juga sebagai Hang Liu), untuk dijadikan isteri Sultan.

Ada kemungkinan Li Po hanyalah anak perempuan salah seorang pegawai Istana China. Menurut sejarawan Cina, ini untuk memberikan imej yang tinggi kepada sultan kerana kesudian Maharaja itu memberikan puterinya. Mereka berpendapat, Maharaja China yang konservatif berkemungkinan besar tidak akan memberikan puterinya kepada seorang pemerintah di tempat yang jauh.

Sebagai contoh, orang Tibet menyangka raja mereka, King Sonten Gampo 'memaksa' Maharaja China menghadiahkan puterinya semata-mata untuk mewujudkan keamanan antara kedua negara. Cerita dari pihak China pula mengatakan bahawa 'puteri' yang dikatakan itu cuma seorang dayang di istana (diplomatic trick). Jadi, tidak mustahil sekiranya helah yang sama digunakan terhadap Sultan Mansur Shah. Ia juga mungkin sebagai tipudaya dalam usaha untuk menghalang Raja-Raja Siam menyerang wilayah takluk Melaka. Siam tentu tidak berani kerana Sultan Melaka ketika itu adalah menantu Maharaja China yang memiliki empayar luas!

Namun begitu, semuanya adalah spekulasi semata-mata. Tiada rekod (dalam Sejarah Dinasti) yang boleh dirujuk bagi mengiyakan atau menidakkan kenyataan ini.

Li Po datang ke Melaka bersama-sama 500 orang pengiring perempuan dan selepas memeluk agama Islam, berkahwin dengan Sultan Mansur Shah. Selepas perkahwinan mereka, Sultan Mansur Shah membina sebuah istana untuk Li Po, dengan pengiring-pengiringnya diberikan tempat tinggal yang tetap di Bukit Cina. Pengiring-pengiring Li Po kemudian berkahwin dengan pegawai-pegawai Sultan Mansur Shah. Dari sinilah berkembangnya golongan ‘baba’ dan ‘nyonya’. Li Po kemudian dikenali sebagai Hang Li Po selepas dianugerahkan dengan gelaran "Hang" oleh Sultan Mansur Shah.

Perkahwinan Hang Li Po dengan Sultan Mansur Shah dikurniakan seorang anak lelaki yang bernama Paduka Mimat. Ada sejarah mengatakan Paduka Mimat telah meninggal dunia dalam satu kejadian amuk di pekan. Ada pula catatan bahawa Paduka Mimat mempunyai putera, Paduka Ahmad iaitu ayahanda kepada Paduka Isap. Ada pula pandangan bahawa generasi berikutnya mempunyai kaitan rapat dengan golongan kerabat Diraja Selangor.

7 comments:

Unknown said...

assalamualaikum... mohon copy ya...

Anonymous said...

I'm really inspired together with your writing abilities as neatly as with the layout to your blog. Is that this a paid subject or did you customize it yourself? Either way stay up the excellent quality writing, it is uncommon to look a nice blog like this one these days..

my web blog cheap party pills

Anonymous said...

Hi i am kavin, its my first time to commenting anyplace, when
i read this paragraph i thought i could also make comment due to this brilliant paragraph.


Here is my web-site cheap legal highs

Girl Almighty said...

Ada yg kata baba nyonya bukan islam, betul ke?

Anonymous said...

smokeless cigarettes, electronic cigarette brands, electronic cigarettes, ecig, e cigarette forum, ecig forum

Anonymous said...

Kenapa semasa Melaka diserang Portugis, tiada bantuan dari negara China. Adakah sebab kerajaan Ming juga sedang berperang atau bagaimana?

Anonymous said...

bismillah..hari ini baru nak jelaskan.
benar ming di serang dari pelbagai arah.
dari puak tibet, mongol, dan lain2 puak sekeliling.
malah masalah dalaman ming sendiri.
maharaja yogle mempunyai 3 anak laki2 dimana anak kedua dan ke-3 gila kuasa dan berhati kejam,
akhirnya anak pertama menjadi pengganti maharaja dan tidak lama memerintah mati diracun oleh tabib yg betsengkongkol dgn anak yongle yg ke-2.
tahta diturunkan kepada anak cucu yongle dari anak pertama.
tetapi pakcik2nya berusaha melakukan fitnah dan akhirnya terbongkar.
anak ke dua bekas maharaja yongle dibunuh atas arahan maharaja xuande.
xuande ni adalah cucu yongle.
anak ke-3 maharaja yongle pula dikurung dalam istana yg jauh dari beijing dan dilarang sesama sekali mana2 manusia memasuki istana terkunci tersebut dan matilah ia dlm istana menjadi gila.
maharaja xuande mati muda pada usia 37tahun

maharaja xuande mempunyai 1 permaisuri
dan 1 gundik utama.
mereka adalah adik beradik iaitu keturunan ming pertama sebelum maharaja yongle berkuasa.
maharaja xuande sampai mangkat tidak ketahui yg ia mengahwini wanita adik beradik.

maharaja yongle merampas kuasa kepada pakciknya,

masalah yg berlaku pada permaisuri pula diturunkan tahta.
gundik utama pula dinaikkan permaisuri.
kebetulan mereka berdua melahirkan anak serentak.

yg permaisuri diturunkan tahta di paksa menjadi biarawati dan besarkan anak di tokong.
yg gundik jd permaisuri besarkan anak di istana tetapi mempunyai penyakit lemah tulang dan lambat bertutur.

jika raja mansur shah mengahwini puteri raja dinasti ming.
kemungkinan raja melaka mengahwini anak diantara 2 org putera ini.
kerana dua2 putera ini menjadi maharaja silih berganti.

ada pepatah dinasti ming
budak yg lambat bertutur
kelak akan menjadi seorg pemimpin.

zaman ni laksamana cheng ho atau hong zhe telah meninggal dunia.
salah 1 penasihat cheng ho adalah bekas kekasih permaisuri yg dari gundik dinaikkan pangkat itu.
maharaja xuande mengarahkan beliau mengikut laksamana cheng ho atas dasar cemburu.

keturunan raja ming ni luas.
ada yg pangkat menteri biasa berbaju biru bawah dari majistret sedangkan ia keturunan raja.

kisah dinasti ming ni berkait dgn kerajaan melayu melaka.
kerana dari zaman maharaja yongle telah adanya laksamana melaka yg dtg mengadap maharaja yongle.
sebelum lahirnya raja mansur shah.
siapakah beliau?
adakah hang tuah?
sila cari catatan dari ayuthaya dimana kerajaan ayuthaya juga mengadap maharaja yongle.
termasuk kerajaan majapahit juga.

sejarah nusantara hanya tinggal catatan ayuthaya yg terpelihara.
catatan kerajaan melaka dan majapahit telah dihapuskan oleh penjajah.

 
Original Template By : uniQue  |    Modified and Maintained By : Intydez